Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tuesday 28 February 2012

Rindunye nak balik puncak

Assalamualaikum..

Setelah sebulan 2 minggu aku cuti semester ni, rasa 'RAJIN' beno nak balik Puncak.
Mane tak nye, kat rumah ni aku ada banyak aktiviti berbanding kt Puncak, senang cite, kt rumah ni lagi best la. Mesti la kan, rumah kita kan 'HOME SWEET HOME' . Kenapa aku lagi suke duk kat rumah mak aku:-


  1. Aku ada family yang bahagia walaupun cume kami bertiga.
  2. Aku ada rumah yang cukup selesa. Walaupun rumah aku sederhana saja.
  3. Aku ada katil yang sangat selesa. Walaupun bukan tilam spring. Tu yang liat je nak bangun.
  4. Aku ada transport nak bejalan. 
  5. Hari-hari makan masakan mak.
  6. Hari-hari aku ada aktiviti (tolong mak kat kedai makan, balik kampung, pg jalan-jalan)
  7. Ada udara yang nyaman, penduduk kampung yang peramah, (yg terlebih 'PERAMAH' pun ada gak)
  8. Otak aku lapang je, tanpa fikir assignment, test, quiz.
  9. Mak ayah aku suke sangat wat lawak, mak pulak spoting, kalau melalak kt uma, mak pon joint skali da mcm duet pulak hehehe.
Tapi ada beberapa perkara yang ada kt puncak tapi tak de kt rumah aku, 
  1. Housemate yang sangat mengambil berat 
  2. Classmate yang sanggup susah dan senang bersama
Di manapun anda berada kita tetap menumpang bumi milik ALLAH. Laksanakanlah tanggungjawabmu tak kira di manapun kita berada... Mungkin sebagai Anak pada ibu bapa mu, atau sebagai Pelajar yang menuntut ilmu, dan semestinya sebagai Hamba Allah yang di redhai.. Amin...

AJA-AJA FIGHTING!!

Friday 24 February 2012

Janganlah bimbang jika memiliki badan macam kilang kicap

Adakah anda gemuk, memiliki berat badan yang berlebihan? Jika ya ! tak perlulah anda pergi ke mana-mana slimming center, atau menelan berbagai-bagai pil atau ubat pelangsing, anda juga tidak perlu menahan lapar bagai nak giler tapi berat badan anda tetap sama atau lebih hangat berat daripada biasa..

Kenapa aku ckp macam iklan tibi ni, hahaha ini adalah kerana orang yang berbadan besar mempunyai kelebihan yang tidak ada pada orang yg kurus. Antaranya ialah :-


  1. Bila anda gemuk, anda akan mengenakan pakaian yang longgar untuk menutup spare tyre anda. Dengan itu anda secara tidak langsung terhindar dari dosa memakai pakaian ketat untuk menayangkan body cantik la konon!
  2. Bila anda kene kacau dengan budak nakal, atau orang jahat, bagi je penumbuk sebijik kompem pengsan, ini adalah kerana orang yang gemuk akan memiliki penumbuk yang sangat padu kerana jari jemari anda disokong dengan lemak-lemak ayam kepsi yang selalu mak belikan.
  3. Bila mak anda terjerit-jerit memanggil ayah atau abang anda untuk anggkat tong gas, anda bole jadi super hiroin (hhehehe) dengan berkata "MAMA, BIAR KAKAK ANGKAT TONG GAS TU".
  4. Kelebihan yang paling best, bila anda gemok, tak de mana-mana laki gatal yang akan menggangu anda atau dengan kata yang lebih tepat MENGORAT atau menggatal. 
  5. Dengan badan montel anda dapat lihat betapa kekasih anda menyangi anda seadaanya tanpa memikirkan saiz badan anda. Jika anda kurus, cantik, mungkin kekasih anda sayang kerana kecantikan anda, tapi bila da tua nanti, cantik macam muda lagi ke (bukan sumer laaaa)
  6. Orang badan chubby ni COMEL sangat (mcm puji diri je, eh bukan) suami anda akan pulang kerja cepat tanpa overtime sebab rindu nak peluk bini dia yang macam bantal goling teddy bear.


Jadi berbanggalah dan bersyukurlah memiliki badan walau macam kilang kicap (bapak aku yang aja ) kerana diri mu begitu berharga. Muaahhh (terbuat aksi menggoda pulak) Maaf sekiranya terkasar bahasa, segala kenyataan saya tiada kene mengena dengan yang hidup atau yang telah mati. Sekadar ingin mencuit hati. 

RENUNG-RENUNGKAN DAN SELAMAT BERAMAL!!

BLACK KNOWLEDGE

Assalamualaikum.. salam sejahtera kepada anda semua moga bahagia.~~~ Amboi, da macam kumpulan nasyid pulak aku ni hahaha. yela kan ke hari ni hari jumaat.

Ape ke pelik sangat tajuk post aku hari ni?? Macam ni ceritanya mak jemah oii, (mak kepoh da kua).
Once upon a time.. hahaha macam biase, aku selalu tolong mak aku kat kedai, dalam kesibukan melayan customer yang nak itu nak ini, tetibe pekerja indon mak aku datang kt aku, dan berkata dengan sleng indon nye "dik, sup nasi ayam ni kok jadi warna mcm ni?".

Aku yang kebingungan melihan sup yang di bungkus bertukar warna menjadi hitam. raihan hairan betul aku, aku dan mak aku berpandang-pandangan. Tanpa berfikiran singkat aku fikir, mungkin ada serbuk kopi tumpah kot, tapi jauh beno serbuk kopi tu dengan periuk sup..

Kalau ianya betul sihir kenapa mesti guna pendekatan yang pada aku CETEK AKALNYA. (bombastik ayat aku). Siapa pun pelakunya, pada aku ini tak sepatutnya berlaku bila hidup bermasyarakat ni.

Zaman moden sekarang ni, sumer benda nak guna ilmu hitam atau pukau, or santau dan sewaktu dengannya. Tak de kerja lain ke korang ni.. (eh bukan korang, orang yg buat tu) itu bukan saja syirik di sisi agama, malah mendorong orang untuk tidak berusaha dengan mengambil jalan pintas macam ni..

Itu saja dari ghadis untuk hari ni.. ARIOS AMIGOS (bahasa maxico, SELAMT TINGGAL KAWAN) ASSALAMUALAIKUM

Sunday 12 February 2012

Pi mai pi mai, tang tu jugak...

Peace be upon you!! 
(ada mcm ANWAR HADI TAK??)

Sebenarnye tak de la topik best sgt pun,
cume nak share, aku baru je habis baca dua novel ni
Bicara hati dan Akhir sebuah cinta.

Ni la benda yang aku beli guna vaucer 1 malaysia tu
Nak beli buku teks tak tau buku ape guna sem dpn..
So beli la buku novel ni..

Ni la novel petama yang aku beli 
sepanjang usia aku 22 tahun ni.. hahahahha
Cerita dia best sgt, kisah pasal
"PERCINTAAN SELEPAS PERKHAHWINAN"
tapi yang bicara hati ni lain la.. 
Kisah cinta adik beradik..



bile tengok tv pulak 

drama yang dapat banyak sambutan
kisah yang same iaitu
 "PERCINTAAN SELEPAS PERKHAHWINAN"
Macam cerita 'Vanila Coklat' dan 'Aishiteru'



Biar aku teka, ramai org wat cerita macm ni 
mungkin sebab ala-ala citer korea..

Tu yang banyak sambutan kot..
Ape-ape pun i Loiikkeee too!! 
walau pun
 PI MAI PI MAI TANG TU JUGAK

Aku pun teringin gak jadi cm dalam drama2 tu 
Becinta Lepas Kawin... 
kih kih kih


Saturday 4 February 2012

"Diluk Maneng Mantu La Kie"

Assalamualaikum... salam maulidur Rasul. marilah kita sama-sama menghayati sunah-sunah dan perjuangan Rasul Junjungan sepanjang hayat baginda.. 
"Allahumma soli ala Saidina Muhammad, Waala alihi wasohbihi wasalam"

Sempena Maulidur Rasul ni, sudah semestinya 1 negara cuti kan.. Cuti umum, so ramai la yang tak lepaskan peluang tuk mengadakan majlis perkahwinan, pertunangan dan seangkatan dengan nye...

So, my family and I do not let the opportunity tuk pergi uma kawan-kawan dan sedara mara. Oleh kerana aku tengah cuti semester, so aku pun ikut jela mane mak aku pegi.. Bosan kot kt umah jek.

By the time aku ikut pergi majlis kawin tu, mesti tak kurang dari 5 orang cakap ayat ni kat mak aku :- "DILUK MANENG MANTU LA KIE''

APAKAH???!!! JENG JENG JENG!!

Ayat tu adalah ayat bahasa jawa, dan membawa maksud:- "TAK LAME LAGI DAPAT MENANTU" ...
Time kasih la makcik-makcik sebab doakan saya cepat temu jodoh.. hehehehhe (nampak gatainye tu) 



Aku dengan selambernye jawab "GOLEK KE LA BOJO UNTOK KU" ..... Ape maksudnye... Lu pikir la sendiri.. hehehhehe 

Assalamualaikummm...

Followers