Cewahh.. poyo lak aku ni.. hehehe. Okey2 hari ni aku nak cite pasal perbezaan lelaki dengan perempuan dalam persahabatan.. Dah lame da nak post pasal ni, tapi malas pulak.. hehehe
Topik ni aku pilih sebab ia berlaku pada diri aku sendiri dan dari perkongsian kawan-kawan. Perbezaan ni dari segi priority dalam hidup mereka..
1- Perempuan ;-
Keutamaan dalam hidup mereka adalah teman lelaki. Walau mana dorang pergi, buat, apa saja, semua mesti dengan teman lelaki. Jika perlu di buat pilihan antara kawan dan teman lelaki mesti teman lelaki yang menjadi keutamaan. Mungkin bukan semua, tapi selalunye. Untuk teman lelaki, sanggup keluarkan duit, sanggup merempuh onak dan duri untuk teman lelaki, walau pun kadang-kadang lelaki tu tak de pun wat cam tu tuk dia heheheh. Tapi kalau untuk kawan payah sikit la kot, kalau dengan boy friend bole keluar sampai lewat malam, tapi kalau kawan ajak teman kencing kul 3 pagi, belum tentu nak temankan.
2 - Lelaki ;-
Tapi berbeza sikit tuk lelaki, lelaki akan lebih mengutamakan persahabatan second baru la girl friend, tapi bukan la bermaksud hubungan dengan girl friend tu xbermakna. Contohnya macam bila kawan dorang ni dalam kesusahan dia akan tolong jugak kawan dia walau kene redah ujan ke ape ke, tapi kalau girl friend yg mintak tolong mesti dia kata "B ada keje ni, minggu depan la B teman g beli baju tu eh?'' Lagi 1, lelaki ni tak suke sangat berkepit 24/7 dengan girl, dorang lebih suke lepak dengan kawan-kawan walau pun kat kedai mamak sambil tengok bola.
Tapi untuk yang single tu tak tau lah macam mana. Tapi macam aq yang nga single ni priority adalah family then friendship....
Okeylah itu saja tuk hari ni... peace be upon you, mmmuuahhhhh..!!